Pussinishati




Effbii


Seorang gadis yang menggilai buku, naskah, yang menepati jiwa. Mula melihat dunia seawal 1992, dipelihara dan menumbuh ligat di desa kecil di beri nama Banting, Selangor. Kini bertatih mencari redha Illahi.


Rantai hubung

| Tumblr|
| Twitter|
| Facebook|


Cerita
Saturday, February 16, 2013 | 0 comments
Himpunan abjad mewujudkan kata,
dengan kata kan lahir ayat
dengan ayat kan lahir cerita.

Cerita yang mana
sejak berkain biru
berkasut kanvas
kita diajar merangka.

Cuma kali ini cerita yang dihimpun
penuh duka dari suka.

Tiba
Malam ini
seperti malam sebelumnya.
Lena masih terganggu.
Cuma beza
malam ini dengan sebelumnya
aku temu satu rasa.
Ketenangan Sang Jiwa

apa hidayah sudah kunjung tiba?

Lengkap Sudah Satu Kisah
Wednesday, February 13, 2013 | 0 comments

Tahniah sayang,
kini sah kau digelar isteri.
tiada lagi jimba di malam hari dengan mereka yang separuh kau kenali.
fokus letak pada si pelengkap rusuk kiri.

Ingat sayang,
makin bahagia kau rasa makin hebat duga kan kau tempuh.
tidak mengapa
aku yakin,
sekuat kasih kamu berdua,
pasti segala duga,
dengan hanya pejam mata,
segalanya pasti okey okey sahaja.

jangan sekali kau ingat aku bakal menjauh,
bakal melupakan kau.
meski kita jarang berhubung,
namun taraf sahabat tetap utuh.
bahu, telinga, masa ini tersedia untuk kamu sahabat.

seperti pujangga Kahlil,

"Jangan menangis, Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah, kerana kita diikat
bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan terhadap derita
kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan"

ingat sayang. taman permainan kita sudah tamat. dahulu mana yang seharusnya, kemudian mana yang selayaknya. 


with love, special dedication for Nor Farhan Fahmi.

Yakin benar
Tuesday, February 12, 2013 | 0 comments
Seru kini makin hampir.
dekat.
dan aku yakin kini
tiba sudah masa
untuk aku tinggal segala nikmat durjana
aku kena bersedia.
meski separuh sudah hilang
mahu tidak terima tetap terima

entah aku sendiri tidak pasti mana datang kekuatan diri.
yakin ni kemain dahsyat dia punya level tinggi.
aku harap ini semua suratan yang di tulis oleh Illahi.



Perjalanan
Keliru itu mungkin biasa. ingin merungkai kekeliruan itu berbisa. akan ada yang terpaksa dikorban dan terkorbankan. yang mana dahulu didewakan terpaksa terendahkan. 

Kadang kita kena tinggal apa yang sudah menjadi selesa. demi untuk kecap bahagia. ini bukan bahagia sesama manusia sahaja, tapi bahagia menuju yang Esa. 

Kita memang tak boleh menyangka, apa dan bila akan datang satu satu hidayahNya. lain orang lain cara. dah mungkin tersurat ini cara kita menerima. dan sebaiknya pertimbangan yang benar kita laksana.

Mempersoal di persoal itu harus kita hadap. setelah apa kita kecap. ini semua duga depan mata. kena tabah demi nikmat yang menunggu tiba. jangan di risau Si Dia pasti ada sentiasa.

Rumit
Thursday, February 7, 2013 | 0 comments
apa sekarang aku cuba berperang dengan emosi diri?
apa sekarang aku cuba menidak kebenaran rasa hati?
apa sekarang aku takut untuk mengakui?

apa rumit nau kau ni.



Soalnya
cinta pandang pertama? jantung berdetak kencang? rasa lain macam? celaka apa, itu semua bukan cinta. itu semua hanya rasa. rasa yang kau sendiri tak mampu bukti apa benar apa salah.

Episod
bila dah susah nak gapai kesimpulan, memang mudah untuk aku hambur kata najis kata hancing. apa kejadah ini semua. bila nak habis episod keraguan ni?

Benci
aku benci pada ketidakpastian, pada keraguan, pada entah ya entah tidak. aku benci. aku benci berada diantara pasti atau imaginasi semata.

Rasa
geram rasa bila mana kau ingat suatu yang tak pernah mengaku depan depan tentang rasa yang benar.

Bia agaknya
entah kadang aku rasa tak sabar. tak sabar tuk menjadi halal. halal dan kecap inzal nikmat.

Tolong
kenapa awak suka ganggu fikiran saya? kenapa awak suka ganggu tidur saya? kenapa awak sukar tolong saya? saya tak mintak lebih. hilang kejap dalam fikiran saya boleh?

Bukan
sebenarnya mungkin ia cuma suka tapi bukan cinta. 

Bukan Hidupnya
kehidupan tanpa kesusahan bukan hidup namanya.
kebahagiaan tanpa keperitan bukan hidup namanya.
kesenangan tanpa kemiskinan bukan hidup namanya.

mula dengan bahagia,
mustahil
tiada peritnya.
mula dengan senang,
mustahil
tiada miskin payahnya.

jangan mudah berasa selesa.
mencabar diri itu lebih berguna.
bila diri cukup kebal.

pasti

segala payah,
segala perit,
seluruh miskin,

dapat ditawan.


Masih bahagia
Wednesday, February 6, 2013 | 0 comments
Alhamdulillah 
kini aku bahagia. 
Bahagia bersama mereka. 
Walau duga sering melanda. 
Namun, 
Alhamdulillah 
aku masih bahagia. 
dengan rezeki
meluah tiba.

cuit cuit
lelaki itu hadir disaat yang tidak sepatutnya. dia hadir tanpa sebarang kata. cuma hadir, menjengahkan rupa. tapi dalam diam dia mengaku "suka" pada mereka. bukan pada dia. dia mula dengan kosong rasa. tapi kini, dia mula rasa bagai ada bibit cinta bakal mula. lelaki itu, masih setia dengan bisunya. cuma kini kerap tunjuk rupa, bikin hati dia dicuit cuit bahagia. dia hanya mampu sabar. tunggu lelaki itu mengaku rasa. takkan dia pula mahu jadi perigi yang mencari timba. entah sampai bila. nasihat aku jangan sampai kelak kau gigit jari melepas merana sedih tak ingat dunia. hikss 

Monolog Hantu
kadang aku naik bingung nasib tak bengong je memikirkan soal hati perihal cinta. entah aku sendiri tak cukup yakin dan pasti apa benar kamu yang bakal aku miliki sebagai peneman saat aku hembus nafas nafas akhir usia nanti. sepanjang hidup ni, terus terang aku cakap, hati aku ni tak pernah nya tetap. sering sahaja goyah. entah. aku tak tahu kenapa. sebab tu aku naik bingung nasib tak bengong je. mungkin kamu akan cakap, serahkan semua pada takdir. sejujurnya apa kamu sanggup setelah puas bermadu kasih, tapi pada akhirnya, bukan dia peneman abadi kamu?bukan dia yang menjadi teman senggama halal kamu? apa kamu sanggup? hah konsep terima ketentuan ni yang susah bagi semua yg berakal-nafsu untuk menerimanya. tanya aku? hah entah aku pun sendiri tak tahu. biar kan lah.

tapi..

nak biar sampai bila?

entah.

Bukan lagi perihal diri.
Friday, February 1, 2013 | 0 comments
yang mana akhirnya aku harus menolak yang tepi mendahulu yang penting, diri bukan lagi. tapi mereka yang telah bersusah payah menghempas jerih mendiam penat hanya ingin lihat kepuasan hasil asuhan.

Wajib jawab
sudah jadi kewajiban bagi yang tua menggalas tanggungan yang bakal dijawab diakhir usia dunia di awal usia barzakh. 

Antaranya
seperti setiap hujung minggunya aku tenggelam lemas dalam hangat dakapan engkau yang pada zahirnya mungkin nyata atau hanya aku yang menyauh angan di lautan sedangkan engkau terusan mendongak langit mengira bintang yang pada hakikinya tidak mampu kau gapai.

Ganja itu mengkhayal sebelum membunuh
"Your worst ENEMY could be your Best Friend, and your Best Friend your WORST ENEMY"- Nesta Robert Marley

Past << | Future >>