Pussinishati




Effbii


Seorang gadis yang menggilai buku, naskah, yang menepati jiwa. Mula melihat dunia seawal 1992, dipelihara dan menumbuh ligat di desa kecil di beri nama Banting, Selangor. Kini bertatih mencari redha Illahi.


Rantai hubung

| Tumblr|
| Twitter|
| Facebook|


Lengkap Sudah Satu Kisah
Wednesday, February 13, 2013 | 0 comments

Tahniah sayang,
kini sah kau digelar isteri.
tiada lagi jimba di malam hari dengan mereka yang separuh kau kenali.
fokus letak pada si pelengkap rusuk kiri.

Ingat sayang,
makin bahagia kau rasa makin hebat duga kan kau tempuh.
tidak mengapa
aku yakin,
sekuat kasih kamu berdua,
pasti segala duga,
dengan hanya pejam mata,
segalanya pasti okey okey sahaja.

jangan sekali kau ingat aku bakal menjauh,
bakal melupakan kau.
meski kita jarang berhubung,
namun taraf sahabat tetap utuh.
bahu, telinga, masa ini tersedia untuk kamu sahabat.

seperti pujangga Kahlil,

"Jangan menangis, Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah, kerana kita diikat
bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan terhadap derita
kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan"

ingat sayang. taman permainan kita sudah tamat. dahulu mana yang seharusnya, kemudian mana yang selayaknya. 


with love, special dedication for Nor Farhan Fahmi.

Past << | Future >>