Wednesday, February 6, 2013 | 0 comments
lelaki itu hadir disaat yang tidak sepatutnya. dia hadir tanpa sebarang kata. cuma hadir, menjengahkan rupa. tapi dalam diam dia mengaku "suka" pada mereka. bukan pada dia. dia mula dengan kosong rasa. tapi kini, dia mula rasa bagai ada bibit cinta bakal mula. lelaki itu, masih setia dengan bisunya. cuma kini kerap tunjuk rupa, bikin hati dia dicuit cuit bahagia. dia hanya mampu sabar. tunggu lelaki itu mengaku rasa. takkan dia pula mahu jadi perigi yang mencari timba. entah sampai bila. nasihat aku jangan sampai kelak kau gigit jari melepas merana sedih tak ingat dunia. hikss