Wednesday, October 31, 2012 | 0 comments
8 September,
temu muka,
tak ingat sangat,
tengah asyik,
tengah leka,
ikut rentak,
hayun kaki hayun tangan,
menari berdansa,
lagak muda.
6 Oktober,
bermula di media telekomunikasi,
WhatsApp,
tak tahu siapa,
bila dah tahu.
Ooo.
perlahan-lahan corak satu lukis rasa.
rasa apa?
entah.
aneh.
pelik.
hairan.
tapi...
SUKA!
24 Oktober,
kali ini real tentang mata,
lihat rupa,
terang terang.
dan nyata terbit satu rasa,
tambah SAYANG,
dan kini, serta selamanya, mohon tiada yang berubah tiada yang berkurang.
#Ilysm AKA
*aku tahu ini entah kali yang ke berapa, mohon jangan persoal, kerana hati itu memang rumit dan sukar dijangka.

pinjamkan aku satu bintang.
aku mahu bintang terang,
terang benderang,
untuk aku suluh satu jalan kelam,
pinjamkan aku satu bulan,
aku mahu bulan penuh, purnama,
aku mahu serap bahang mentari,
supaya aku tahan segala uji,
pinjamkan aku langit yang luas,
aku mahu langit putih bebas mendung,
supaya mudah untuk aku memayung kasih,
menjadi pelindung dikala sedih.
aku mahu bintang terang,
terang benderang,
untuk aku suluh satu jalan kelam,
pinjamkan aku satu bulan,
aku mahu bulan penuh, purnama,
aku mahu serap bahang mentari,
supaya aku tahan segala uji,
pinjamkan aku langit yang luas,
aku mahu langit putih bebas mendung,
supaya mudah untuk aku memayung kasih,
menjadi pelindung dikala sedih.
Tuesday, October 23, 2012 | 0 comments
kadang kita manusia sedar yang kelakuan kita, apa yang kita buat itu sebenarnya salah. cuma kita tidak boleh lari. tidak boleh menguasai diri. yang kita mampu membiarkan nafsu berlegar menjadi tuan tunjuk telunjuk setiap tindak tanduk. dan pada akhir setiap kesah, pasti yang diulit satu penyesalan. entah kenapa.
kita tahu
kita tahu
"alah, kau dah tahu salah dan kau dah tahu tak boleh buat jadi kau jangan buat''tapi kita masih
"alah sekali sekala, bila lagi kalau bukan sekarang."akhirnya,
"menyesalnya aku.."seperti sekarang, aku sendiri menaip kisah, dan aku sendiri dah tahu mana salah, tapi aku sendiri tak mampu nak kuasai diri, meluruskan rentak jalan hidup. dan aku mengaku. hidup aku hanya penuh dengan silap jalan, salah siapa? aku sendiri mengaku. INI SEMUA SALAH AKU.
aku rindu dua tahun lepas.
dua tahun lalu dimana aku bukan aku kini.
dua tahun lalu dimana aku berprinsip diri.
aku rindu dua tahun lepas.
dua tahun lalu yang aku hanya kenal buku ilmu
dua tahun lalu yang aku hanya tahu rumah-kampus
aku rindu dua tahun lepas.
dua tahun lalu yang aku sendiri lupa bagaimana dua tahun lepas diri aku sebenarnya.
yang pasti kini,
aku perlu kembali.
kembali ke dua tahun lepas.
mohon ingat kan aku siapa aku dua tahun lepas.

Malam ini kelam gelap suram,
sepi melayari rasa hati,
serabut entah apa benda keliling berselirat penuh kotak akal.
dalam hati gundah tidak tenteram,
soal datang bertalu menghentak dinding otak yang diselaput kuasa akal.
belum sempat aku rungkai satu datang serang beribu bertalu.
sakit.
sakit jiwa sakit hati lelah akal fikir jalan selesai.
ketenangan.
itu aku damba.
cara peroleh? aku tahu. sembah mohon kuasa Yang Esa.
tapi entah kenapa, jiwa batin ini tidak kuat ikhlas melutut diri.
aku sedar mana salah silap,
hanya malas melingkari diri.
kesannya,
gundah gulana, risau serabut, tidak tenteram padah hidup.
mengharap umpama menunggu emas turun menghujani bumi itu sia sia,
kerana aku sendiri tahu itu semua hanya impian illusi mainan nafsu jahat yang menyesatkan.
aku damba satu jalan,
tidak perlu berturap cantik,
tidak perlu berpapan tanda,
cukup satu jalan terang menyuluh aku
membantu aku mencari kenal erti rasa tenang jiwa diri.
satu yang pasti,
aku belum layak untuk dipenuhi permintaan hati.
sampai bila? biar diri sabar menanti.

Saturday, October 13, 2012 | 0 comments
Aku ingin katup mata, dan tidak ingin lagi lihat dunia yang penuh insan celaka. aku ingin pejam di ulit mimpi indah nan bahagia. di dampingi insan insan yang aku kasih sepenuh jiwa. Mak, Abah, Ayi, Eman, Adek, Atok. mampir segera peluk aku, pinjami bahu kamu kamu semua untuk aku lentok hurai tangis malah ketawa. Aku sengsara jiwa raga disini. Kalian pasti mengerti bukan? Tawa aku, senyum aku itu plastik bagi menjaga hati menyanjung harap kalian. Apa susah bagi kalian melihat kesengsaraan jiwa aku ini? Mampirlah meski tidak di alam nyata, mohon di alam lena. Aku perlukan kalian.
Andai aku punya kuasa,
aku ingin putar masa agar semua sakit yang menikam-hentak-hempok jantung hati dalam ini tidak aku alami,
Andai aku punya kuasa,
aku ingin lajukan masa melonjak langkau masa ini, masa sekarang ini, masa yang penuh celaka dalam hidup ini.
tidak lagi aku kuasa menghadap semua sandiwara dunia yang hanya tahu tikam-hentak-hempok setiap degup jantung. aku lelah dengan kamu kamu kamu kamu semua. aku ingin pergi jauh dari kamu kamu kamu kamu semua.
terlalu lama aku rasa diduga dengan berat, aku sedar aku tidak boleh merungut atas semua musibah yang menimpa. tapi aku lelah! AKU LELAH BANGSAT!
menghadap kau ya engkau! mendengar kisah kau kau kau itu semua bikin aku mual. bodoh aku kerana mendengar tapi guna akal bagaimana bisa aku elak dah kalau di tepi tepi ini manusia yang saling berkaitan dengan kau kau kau. dah kalau segala permasalahan itu pasti terpalit pasal kau kau kau.
aku hanya ingin pergi jauh dari sini. dari tempat ini. yang sesak busuk hanyir hancing. Mohon sang masa, pantas lah kau berlalu. 2012? ini kiamat bagi aku!

Friday, October 12, 2012 | 0 comments
Datang seorang jaka
sayup pandangan
namun cukup meruntun rasa
menggelocak naluri hati ghairah nafsu diri
Kau hulr tangan dan aku capai
saling berjalan beriringan
namun tiada sepatah kata yang diungkapkan
Hanya berteman angin yang berhembus dingin,
aku menggigil. sejuk!
lalu kau dakap erat tubuh kecil kering ini.
Aku menikmati hangatnya kasih asmara yang membakar jiwa dan raga.
pejam. hanya itu yang mampu.
diam. hanya itu yang mampu.
dalam pejam dan diam aku leret satu senyum
sambil tangan perlahan membalas dakapan
perlahan lahan bertambah erat.
Tanpa sedar, aku tersentak
sentak dangan satu sentuhan.
aneh.
tangan kau masih erat di tubuh.
serasa satu sentuhan lembut, mesra, mencubit pipi cengkung dan perlahan
berbisik di telinga. sayup.
"Fatyn, bangun nak. Subuh dah ni"
Berpisat. Satu kata- SPOIL!

Hari ini aku temui satu kejujuran, Aku jumpa satu keikhlasan yang membawa ke jalan mengecap kebahagiaan. Cuma.. Aku kurang pasti. Apakah ianya asli atau hanya sebuah illusi permainan mata hati.
#dalam lipat ingatan akal 111012
#dalam lipat ingatan akal 111012
Duduk tinggi itu tidak akan kekal lama,
Terunduk rendah itu bukan untuk selamanya,
Kerana hidup ini putaran roda masa,
Si Dia Yang Esa tentunya Maha Adil lagi Saksama.
Maka,
Merendah diri dalam susah atau kaya itulah sebaik-baiknya.
Terunduk rendah itu bukan untuk selamanya,
Kerana hidup ini putaran roda masa,
Si Dia Yang Esa tentunya Maha Adil lagi Saksama.
Maka,
Merendah diri dalam susah atau kaya itulah sebaik-baiknya.
Bukan aku sengaja membiar diri terbang tinggi
Bukan aku sengaja melayar hati menerbang harap melabuh sebuah rasa
Aku tahu
Terbang terlalu tinggi bisa buat aku mati
Bukan jasad namun hati
Apa salah
Aku terbang?
Apa salah
Aku berlayar?
Apa salah
Aku berlabuh?
Aku ini manusia biasa
Punya hati punya rasa
Ingin dibelai juga di manja
Ingin difaham ingin dihormati
Apa itu juga salah?

Ketemu belum
Namun hati telah bertaut
Entah apa yang merasuk
Menyesal itu tidak
Bersyukur lagi ada
Cahaya terang aku nampak
Menerangi isi dalam yang kian gelap kusam
Rembesan embun
Mencuci luka lama yang parah lelah
Masih juga belum bertemu
Apa rupa aku sendiri tidak tahu
Tapi bukan itu kayu ukur
Kerna pasti hati itu lebih penting.

ketidakikhlasan itu terserlah dalam setiap bait kata kau lempar kau luah. itu kelakar. sudah lah. aku bosan. mohon jangan ada lagi yang mengabar berita tentang Si Dia yang meninggalkan luka parah toreh tusuk tajam busuk dalam hidup aku. aku tidak ingin tahu. sekian.
Sunday, October 7, 2012 | 0 comments
tipu aku cakap aku tak sedih. aku tak pernah simpan harap ini bakal jadi kesan sebab telingkah kita. sangka aku hanya aku dan kau sahaja yang bermasalah. tapi sangka manusia tiada yang dapat sangkal melainkan Tuhan Yang Maha Esa,
antara aku dan kau, biar masa yang tentu. tapi antara kau dengan mereka, segera lah bertegur sapa, kau betul kan balik salah silap kau bersama mereka, aku? tak usah kau rungsing. aku pun tak perlukan kata baik dari kau.
cukup masalah antara kita, cukup hubungan kita yang musnah, kau ambil cermin kau tanya bayang yang ada, sampai bila kau sanggup bermasam muka dengan mereka, apa kau tak rindu lepak bersama meluang masa, segera pantas kau baiki silap kau, mereka tidak kejam mana untuk buang kau. as for me nothing more nothing less.