Tuesday, October 23, 2012 | 0 comments
Malam ini kelam gelap suram,
sepi melayari rasa hati,
serabut entah apa benda keliling berselirat penuh kotak akal.
dalam hati gundah tidak tenteram,
soal datang bertalu menghentak dinding otak yang diselaput kuasa akal.
belum sempat aku rungkai satu datang serang beribu bertalu.
sakit.
sakit jiwa sakit hati lelah akal fikir jalan selesai.
ketenangan.
itu aku damba.
cara peroleh? aku tahu. sembah mohon kuasa Yang Esa.
tapi entah kenapa, jiwa batin ini tidak kuat ikhlas melutut diri.
aku sedar mana salah silap,
hanya malas melingkari diri.
kesannya,
gundah gulana, risau serabut, tidak tenteram padah hidup.
mengharap umpama menunggu emas turun menghujani bumi itu sia sia,
kerana aku sendiri tahu itu semua hanya impian illusi mainan nafsu jahat yang menyesatkan.
aku damba satu jalan,
tidak perlu berturap cantik,
tidak perlu berpapan tanda,
cukup satu jalan terang menyuluh aku
membantu aku mencari kenal erti rasa tenang jiwa diri.
satu yang pasti,
aku belum layak untuk dipenuhi permintaan hati.
sampai bila? biar diri sabar menanti.