Pussinishati




Effbii


Seorang gadis yang menggilai buku, naskah, yang menepati jiwa. Mula melihat dunia seawal 1992, dipelihara dan menumbuh ligat di desa kecil di beri nama Banting, Selangor. Kini bertatih mencari redha Illahi.


Rantai hubung

| Tumblr|
| Twitter|
| Facebook|


Tulang besi urat dawai
Thursday, November 29, 2012 | 0 comments
Amaran:
sejujurnya, kali ini penulisan ini adalah madah jiwang tulus dari hati, andai kalian tiada kudrat untuk membacanya, mohon berhenti menatap ruang maya ini dan dipersilakan pangkah di hujung kanan.

wahai kamu si tulang besi berurat dawai,
kamu tahu apa letak kamu dalam hati kecil ini?
kamu tahu apa duduk kamu dalam hidup hitam ini?

aku yakin kamu tahu.

kenali kamu meski tidak sepurnama,
tapi rasi antara aku dan kamu bagai bertahun lama.
hingga letak duduk kamu melangkaui mereka yang aku kenal bertahun lagaknya.

datang kamu dalam hidup
beri aku sejuta warna,
yang dulunya kelabu kelam pudar
kini berwarna terang
kuning, hijau daun.

kamu conteng lakar ruang hati,
penuhi bunga warna warni.
tidak suka? benci?
kamu gila.
aku bahagia ada kamu.

kamu dan yang lama beza nya ketara.
sekejap.
jangan salah sangka.
bukan niat aku mahu banding kamu dengan mereka,
tapi itu adalah nyata yang aku sendiri tak mampu menidakkannya.

mata hati ini sedar siapa diri kalau nak dibandingkan kamu si penyempurna.
kamu si tulang besi urat dawai, berhati mulia berbudi santun,
kalah aku si perempuan kasar, pekerti kosong.

bagi aku masa, untuk aku persiap diri.
aku juga punya hati punya akal.
agak bodoh untuk aku jahilkan dunia untuk kamu si penyempurna.
ruang aku pinta,

bila tiba masa kamu pasti gembira lihat apa yang kamu impi jadi nyata.
sekali lagi aku mohon pada kamu si tulang besi urat dawai,
masa dan ruang.

dan satu hal.
jangan kamu ingat kamu bertepuk sebelah tangan.
hati ini, jiwa ini, hidup ini, telah aku persiap satu ruang besar 3/4 hanya untuk kamu.
ya kamu si tulang besi urat dawai - AKA

kasih cinta hidup dunia itu adalah kamu.





Past << | Future >>