Pussinishati




Effbii


Seorang gadis yang menggilai buku, naskah, yang menepati jiwa. Mula melihat dunia seawal 1992, dipelihara dan menumbuh ligat di desa kecil di beri nama Banting, Selangor. Kini bertatih mencari redha Illahi.


Rantai hubung

| Tumblr|
| Twitter|
| Facebook|


Untuk Dia
Tuesday, July 10, 2012 | 0 comments
Satu tika dulu melodi ini peneman tidur peneman duka. Tapi tidak lagi kini. Kenalan yang terjalin dulu adalah satu pengalaman. Aku anggap ianya pengalaman. Pengalaman yang mendewasa dan mematangkan jiwa hingga ranum kini. Aku tak salahkan kau atas apa yang terjadi dan aku jugak tidak letak salah itu atas bahu aku. Kerana dalam permasalahan ini tiada yang salah kerana ini semua suratan yang dah di tentukan.

Aku kenal kau, lantas aku bersama kau, dan akhir kini aku berpisah dengan kau. Sakit. Sumpah sakit. Aku tak frust menonggeng aku hanya kecewa, kecewa dengan tindakan aku, dan pilihan jawaban atas setiap persoalan yang aku rungkaikan. Sehingga kini, kalau aku dihadapkan dengan kau dia dan mereka aku tetap berdiri teguh dan terus menghayun langkah berhadap dengan kau dia dan mereka, bagi aku kau hanya lah kau yang dahulu kini selamanya tetap sama. sama seperti dia dan mereka.

Segala kepuraan dalam permainan atas jalan sebuah kehidupan itu semua membuat aku hanya loya saat akal memutar ligat imbas kenangan. Kini aku tak mintak lebih. Cukup kalau kau jalani hidup dengan jalan kau tanpa mengulang langkah kau yang lama. Sama seperti dia dan mereka. Yang sudah tu cukup sudah. Aku kau dia dan mereka kini hanya sebuah memori gelap yang terperuk di hujung hujung benak kotak kenangan aku. 

Labels: , ,


Past << | Future >>