Pussinishati




Effbii


Seorang gadis yang menggilai buku, naskah, yang menepati jiwa. Mula melihat dunia seawal 1992, dipelihara dan menumbuh ligat di desa kecil di beri nama Banting, Selangor. Kini bertatih mencari redha Illahi.


Rantai hubung

| Tumblr|
| Twitter|
| Facebook|


Go Die
Sunday, December 30, 2012 | 0 comments
Kau nak berbaik?
lalu kau hantar request,

kalau aku tak nak berbaik,
aku tak approve request kau.
dari situ kau boleh fikir.
tu pun kalau akal kau dah cukup suci,
sesuci kau cuci hati kau yg konon hitam sebab bersama aku dulu.

salah ke kalau aku up sesuatu mengingatkan kita berdua. bersama. bukan tuju ke kau sahaja.
dan bila kau terasa atas silap kau sendiri salah mentafsir,
kau tarik request kau.
batalkan niat utk berbaik, yg konon konon diawal mula.

amenda ni amenda?
tak penat ke weh?
seronok?
gembira?
apa jenis manusia tah aku pun tak tahu.
ikutkau lah minah.
asal kau bahagia.

orang kata, cakap biar serupa bikin. kalau nak ikut emo kau memanjang ehh pegi lantak lah.

p/s the stupid things u've done with me before was the stupidity of yours. the one who control your mind, heart and soul is YOURSELF. not me. peace yaww!

AA
Saturday, December 29, 2012 | 0 comments
aku tak tahu nak cakap apa.
eh yang sebetulnya,
aku tak tahu nak TULIS apa.

perihal kau dengan aku.
perihal bunga dengan bunga.
bukan perihal kumbang kumbang yang pernah hinggap sepanjang hubungan kita.

entah lah AA,
aku malas nak pikir apa yang dah jadi.
cuma rasa sakit yang lepas tetap ada. ada siap tinggal parut kekal.

aku tahu, bukan aku je yang berparut. kau pun sama.
aku tahu, bukan kau je yang menyakitkan aku, aku pun sakitkan kau,

kau sakitkan aku dengan melibatkan orang ramai,
kau malukan aku, bukak aib aku, sehingga mereka yang tak tahu jadi tahu.

tapi aku sakitkan kau antara kau dengan aku,
dan sakit itu hanya aku dengan kau saja yang tahu.

kasut dan buku yang aku campak, helmet yang aku hempas, baju yang aku keronyokkan.
badan kau yang aku tolak,
itu semua punca emosi yang aku sendiri bodoh tak tahu nak kawal.

dan sekarang,
aku cuba membayangkan.
andai lah kita berbaik,
mungkinkah kita seperti dulu?

tidur sebantal, seselimut, baring bersama, aku cabut bulu ketiak kau, kau tidur dalam pelukan aku, aku tidur dalam pelukan kau. kita makan bersama, kemana selalu bersama,

ada mungkin kita jadi macam dulu?

aku rasa tak. tak mungkin dan tak akan,
jangan tanya kenapa.



Yang sebetulnya
Friday, December 28, 2012 | 0 comments
aku punya seorang kekasih.
nama?
AKA

dulu aku pandai lagi arif menjaga hati kekasih.
aku tahu mengambil hati.
aku tahu membunga kasih.

sekarang?
aku jadi bodoh dalam menjaga hati.
aku jadi bangang dalam mengambil hati.
aku jadi baghal dalam membunga kasih.

Si kekasih?
tak pernah penat jaga hati aku,
tak pernah penat ambil hati aku,
tak pernah penat meyubur kasih.

bangangkan aku?
baghalkan aku?
bodohkan aku?

namun
sayang,
kasih,
cinta,
tak pernah kurang sikit pun.

aku tahu cakap tak guna.
bukti kena ada.
sekarang,
yang pasti,
aku kena mulakan langkah awal semula.
ulang dari awal.

Bunga Jingga
ibaratkan.
aku sepohon bunga.
kau tuan empunya pohon bunga.

mula.
kau tanam dari benih.
kau siram dan kau baja penuh kasih.
hari hari kau manjakan aku dengan siraman cinta.

makin hari aku tumbuh segar.
mula mengeluarkan putik bunga.
kecil.
kau tanpa jemu menjamu baja, menyua air.

dalam diam kau harap aku keluarkan bunga yang cantik, kembang.
warna jingga.
dalam usaha kau nak kan warna jingga,
kau tak lelah. kau sabar.

tapi
satu hari,
tiba masa,
dari putik, keluar bunga.
kembang memang kembang,
segar memang segar,
cuma yang silap.
bukan warna jingga.

meski bukan jingga,
kau tak lelah, kau tetap sabar.

kekuatan kau, kesabaran kau.
hanya buat aku jadi serba salah.

sekarang.
tak lebih.
aku hanya pinta satu lagi peluang.
mohon kau,
kekal tabur baja kasih
kekal siram air cinta,

dan aku janji aku keluarkan
bunga.
kali ini.
Bunga Jingga.

haram jadah
Friday, December 21, 2012 | 0 comments
hidup aku ni penuh dengan wayar berselirat dan serabut.
dalam kepala otak ni penuh beban penuh peranan.
kadang mudah aku terpesong, tergelincir, terjelepok, 
namun Alhamdulillah masih lagi belum terlanjur.

Argh,
aku bingung, sampai naik bengong.
banyak sangat aku nak luah.
tapi otak aku jadi keliru mana nak cakap dulu.

aku benci keadaan macam ni.

aku nak terbang tinggi tinggi,
aku nak jadi rama rama,
aku nak jadi bunga,
diam, berlayar kemana aku suka.
sambil tebar indah pada dunia.

argh!
celaka, babi apa dah rasuk otak jiwa aku ni. haram jadah!

Snow Cap
untuk menjadi seorang yang disukai itu bukan senang,
disukai ramai disukai seorang itu payah.
tiap satu yang punya roh dan jasad pasti punya ingin untuk disukai, disenangi,
kau memang power kalau kau boleh bikin diri di gemari,
meski Dato Siti pun ada yang suka ada yang benci,
inikan lagi kita kita insan kerdil dibungkusi hina keji.

Dah memang lumrah dunia,
tiap yang hitam pasti ada pasangnya putih,
tiap yang suka pasti ada tentangannya benci,

Namanya "manusia" tidak akan lari dari hasad dengki.
dan selayaknya juga "manusia" sabar itu jadikan pedinding diri.

kau akan kuat dengan sabar,
kau akan power dengan tenang.
kau akan menang dengan diam.

keep cool and calm "sampah"

Ikut kau sebenarnya
Friday, December 14, 2012 | 0 comments
benda pahit kalau nak manis kau bayangkan dan kau teguk tetap rasa manis,
benda hitam kalau nak putih kau campak kan warna putih dari hati pasti akan jadi.

bilamana kau yang sendiri fikir ia hitam dan ia pahit,

masih mahu tunding jari?

akal kau jiran belakang ke yang kawal?

bangang!

Selamat ulang tahun.
Tuesday, December 11, 2012 | 0 comments
bila mana yang di sanjung tidak mampu memahami yang tersirat,
itu sedih.
bila mana yang di sanjung datang memujuk.
itu bahagia.
bila mana yang disanjung ulang sakit yang sama.
itu sengsara.

dan paling pedih.
bila mana yang di sanjung tidak mampu beza antara serius dan bercanda.
itu memang pedih.

belum sempat matahari esok hari muncul jengah rupa.
dua kali basah lencun hujan air kaca.

Selamat Ulang Tahun.

Asalnya.
Saturday, December 8, 2012 | 0 comments
hati ini asalnya lembut. empuk. 

tapi.

jangan sekali di jentik, di jotos, di sekeh,
barang sikit, barang sekelumit,

kesannya?

keras membatu membeku.

ini aku. nak ubah? buluh dah jadi betung. memang payah. rendam 44 hari belum tentu boleh di lentur.


Pesen
pesen aku pantang dituduh tanpa bukti yang kukuh,
pesen aku pantang di cemuh tanpa sebab yang munasabah,
pesen aku pantang di caci tanpa punca yang jelas.

kalau dah benci, mudah lagi senang, sila angkat kaki,
dan nanti jangan kau cakap aku dah hilang sayang timbul benci,
tidak, tidak sama sekali,

dah kalau kau tuduh tanpa bukti, apa lagi fungsi?
dah kalau kau cemuh tanpa sebab, apa lagi fungsi?
dah kalau kau caci tanpa punca, apa lagi fungsi?

nak teruskan jalan dengan dendam bersirat?
nak teruskan langkah dengan benci menggunung?

sia-sia. tiada guna.

kalau jujur aku di perkotak katik, hendak lagi dengan yang julung agung di hati,
apa lagi guna terus jalan? apa lagi guna terus langkah?

itu bodoh. sia sia. buang masa. tiada guna.

dan ini pesen aku.
pesen si hati keras kepala batu.

tak tahan? maaf. masa nak berubah belum mai.
selagi boleh sabar, dipersilakan sabar. andai sabar melebihi ubun kepala, tidak apa, aku tak salah kan kau. selayaknya si keras hati, si kepala batu ini memang layak didendami dan dibenci.

sekian, wassalam.



#dah sampai rumah lama dah. terbaca tweet awak tu buat saya hilang nafsu nak bermanja mesra seperti selalu. maaf.

Past << | Future >>