Pussinishati




Effbii


Seorang gadis yang menggilai buku, naskah, yang menepati jiwa. Mula melihat dunia seawal 1992, dipelihara dan menumbuh ligat di desa kecil di beri nama Banting, Selangor. Kini bertatih mencari redha Illahi.


Rantai hubung

| Tumblr|
| Twitter|
| Facebook|


Sarung
Monday, August 27, 2012 | 0 comments
masih tersarung kemas di jejari runcing.
menunggu masa pasti yang saling tiada rasa.
yang pasti selagi belum rungkai segala soal,
ia tidak akan tanggal, akan terus tersarung.
ini bukti letak duduk dalam hati. 

Labels: ,


Mungkin
mungkin selama ini hanya lah sebuah illusi,
mungkin kebahagian sebelum ini hanya lah sebuah fantasi,
mungkin keseronokan selama ini merupakan mimpi,
mungkin ini semua satu kemungkinan,

kita bertemu,
mengenali,
menjadi rapat,
mesra,
dan akhirnya
berpisah,
lengkap satu kisah,

ini semua rencah yg melengkapkan jalan hidup deru nafas.
cuma satu aku pinta, jangan kau terus tunding jari letak salah.
tahu cerita cari punca.
bermusuh? dengan kau? tidak sama sekali.

sekian.

Labels: , , ,


Sebab
maaf kerna diam.maaf kerna sepi. maaf kerna bisu. maaf kerna semua yang disakiti. diam bukan sengaja. diam punya sebab. cuti yang seharusnya menjadi paling indah, bertukar menjadi paling ngeri. ya. ini cuti ngeri, PALING ngeri sepanjang liku dua puluh tahun nafas berhembus.

ngeri pertama, aku kerah keringat, kerah tulang empat kerat demi miliki kertas agung si pujaan ramai, untuk penuhi kehendak yang tidak ada limitasi. kerja sementara di panggil mereka. aku korban masa dan tenaga. pelbagai pengalaman aku terima. tak pe, meski letih aku bersyukur dengan pulangan yang aku terima. di tikam, di buruk belakang, di baik depan, di kutuk belakang, itu dah jadi rempah dalam suasana kerja, ini lah dia budaya kita. ini SEBAB ngeri.

ngeri kedua, aku hilang satu harta, harta yang bersinar umpama bintang, melindungi umpama langit, mendukungi umpama tanah. dek kerna sebab sekelumit kuman, kita hilang satu perhubungan. mungkin ini sudah suratan, mungkin kita tiada rasi, mungkin aku tidak lagi mampu menghibur-bahagia kan kau. tidak mengapa aku terima. ini SEBAB ngeri.

ngeri ketiga, harapan dan impian aku musnah, segala rancangan menjadi kelam dan gelap. aku tak tahu macam mana nak terang. yang pasti segala angan tidak lagi berjalan seperti yang di rancang. aku terima ia salah dan silap aku sendiri. bukan salah dia, kamu atau mereka. ia salah aku. diri aku. yang terlalu mengikut hati hingga menidakkan kata akal. ya aku mengaku ini SEBAB ngeri.

cukup ini aku kongsi, nanti lebih ada pulak yang muntah kerna ia memang ngeri. sampai ketemu nanti.

Labels: ,


Past << | Future >>