Pussinishati




Effbii


Seorang gadis yang menggilai buku, naskah, yang menepati jiwa. Mula melihat dunia seawal 1992, dipelihara dan menumbuh ligat di desa kecil di beri nama Banting, Selangor. Kini bertatih mencari redha Illahi.


Rantai hubung

| Tumblr|
| Twitter|
| Facebook|


Berjauhan tu perlu
Saturday, November 3, 2018 | 0 comments
Respect buat pasangan yang sanggup PJJ dengan suami.

Aku ni suami baru tak de tak sampai 24jam dah rindu.

Bila ada depan mata asyik ajak gaduh, bertekak je. Itu tak kene ini tak kene. Hmm jahat lah mommy ni. Kan daddy?

Macam mana lah 4 bulan nanti. Oh myyy... memang meroyan lah mommy dekat blog ni. 

Meroyan dekat facebook ramai customer baca. Hehe meroyan dekat sini belum tentu ada yang baca. Untung2 nanti bila gaduh dengan daddy mommy boleh bukak blog ni dan muhasabah diri.

Hahaha

Apa daddy tengah buat tu ye?

Mommy rindu ketiak daddy. Perut daddy.

Nak peluk..

Balik nanti terus peluk mommy tau.

Love you daddy.

Suami
Assalamualaikum Daddy.

Mommy nak mintak maaf. Mommy banyak buat salah dekat daddy.

Mommy nak daddy tahu, mommy tak pernah sikit pun menyesal kenal dan kahwin dengan daddy.

Mommy bukan isteri yang baik. Tapi daddy lelaki yang terlalu baik buat mommy. Di saat mommy tulis post ni, mommy rinduuuu sangat daddy. Daddy ade program di Serdang time ni.

Atiq dengan Suhail lena tido sebelah mommy. Suhail macam biasa lah hisap jari tak henti. Salman tido dengan mama.

Dah 3 org anak kita daddy. Sape sangka. Hati mommy ni feeling remaja lagi. Rasa macam baru balik dating dengan daddy waktu study uitm dulu.

Daddy, mommy sayang daddy. Mommy harap daddy sentiasa kuat melayan perangai mommy yg tah ape ape ni.

Mommy tahu mommy kepala angin. Baran. Kasar. Tapi percayalah takde lain yang mommy mintak melainkan manja dengan daddy.

Daddy suami mommy dunia akhirat. Kalau satu hari nanti mommy berubah rasa, daddy ingatkan mommy post ni. Mommy cintakan daddy selamanya.

Tah lah tiba tiba rasa macam nak peluk daddy kuat kuat. Cium ketiak daddy lama lama.

Rindu.

Love you daddy.

-
Mommy

Segenap rasa untuk seluruh jiwa yang berontak pedih, merenung jauh hanya mampu tertunduk syukur.
Sunday, April 24, 2016 | 0 comments
aku rindu.

Catatan Ego Tersudut Jauh
bila mana diri sering suka melihat sekeliling
lebih ralit menyama ada
sakit.

kadang sesal selubung hati
marah menikam jiwa
lebih ingin terima sama.

lain jiwa lain cerita,
tapi apa mustahil.
berontak hati
dengki

harapkan ego mendinding.
simpan perok hasad disudut
jauh dalam dalam.

tiap kali teringat
menjerit jerit
paksa dipaham
apa salah.
kenapa tidak.

perit.

Al Melayu
Friday, May 1, 2015 | 0 comments
Al kisah tersebutlah kisah,

Al Melayu dikhabarkan sebuah berita.
Bergembiralah ia tidak terhingga.
Dengan senang hati,
Disebarkan ke rakyat jelata.

Al Melayu seronok menabur bahagia
dalam derita si mangsa.

Sepurnama, Al Melayu bangga di gelar tukang karut terbaik dunia,
Sedih si mangsa tiada yang tahu.
melain Pencipta yg setia bersama.

Hati Al Melayu gusar tak terkata,
selagi berita tak berbau busuk serata desa.
Berusaha gigih lah Al Melayu.

Menunggu masa kan tiba jua.
Tenanglah kau si mangsa. dia dan Dia ade bersama.

Kelakar
Tuesday, December 2, 2014 | 0 comments
kau rasa kelakar tak?

kelakar bila kau geledah tulisan lama.

yang kau jumpa-sakit.

paling kelakar,

kau gelidah dalam lagi,

yang kau jumpa-pahit.

kau rasa kelakar tak?

Kehadapan kamu yang entah siapa siapa
kehadapan kamu yang entah siapa siapa.

maaf andai aku punah harapan kamu.
maaf kerana sering mengabaikan kehendak kamu.

kehadapan kamu yang entah siapa siapa.

maaf biarkan kamu membaja rindu.
maaf biarkan kamu terus menunggu.

kehadapan kamu yang entah siapa siapa.

berhentilah.


Past <<